Typing . . . . .

Dalam dunia memang tiada jalan mudah untuk kita delete mahupun shortcut untuk segala jenis jalan yang kita mahukan atau inginkan atau juga kita idamkan.
Kalau ada pun, aku kira ramai yang ambil jalan mudah untuk berak ditempat tempat mahal, main mainan di bawah lampu cantik, tidur tanpa coli dan mungkin juga pulang bekerja tanpa zip seluar. 
Itulah......... Bila;
Tengah rasa nak marah, kita cuba control.
Tengah rasa nak sakit, kita cuba cari ubat.
Tengah rasa nak berak, kita cuba tekan perut, ambil sabun dan cuci.
Untuk rasa semua tu, tak mudah. Untuk mengawal semua tu, juga tak mudah. Serious tak mudah.
Ironinya, kita cuba.Kalau nak padam semua memang susah.
Kau ingat macam kapur sekolah, kau tulis banyak banyak lepas tu terus padam?

Aku taktahu kalau kau tahu dan faham kenapa aku tanya kau soalan macam tu.
Aku tahu dan faham apa jawapan yang kau beri untuk soalan aku yang tu.
Aku taktahu nak atur ayat,
Aku taktahu nak atur suku kata,
Aku taktahu nak enter celah mana, 
Nak ungkap segala kata.

Jujur, aku malu. Jujur, aku taip dan padam seribu kali untuk susun semula kalimah. Tapi,aku gagal.
Gagal.
Gagal.
G
A
G
A
L
.

bang bang bang--sat


Hidup bergantung pada banyak pilihan. Yang mahu berdiri satu kaki ataupun dua kaki. Yang mahu menjadi atau tidak mahu menjadi. Tapi hidup gua banyak bergantung pada status pemikiran gua. Apa yang kita rasa memang tak sama dengan orang lain rasa. Apa yang gua makan tempoh hari dengan hajjar juga taksama dengan apa yang orang lain makan masa tempoh hari. Jadi pilihan terletak pada kita. Tepuk kepala pusing telinga.

Beda, kan.

Bila mana kita bercakap soal keliru atau terasa hati. Gua tentunya orang yang menjaga hati. Gua rasa orang lain berpendapat sama. Masing masing mahu menjaga dan dijaga.   Kita salah, kita minta maaf. Tapi bila bab keliru, kita jadi tepu.Kita taktahu apa yang kita jagakan itu perlu dijaga atau tidak perlu dijaga.

Macam gua jaga rambut gua lah bagai menjaga bulu bulu badan gua juga. Sampai satu masa gua rimas, gua ambil keputusan potong rambut gua. Gua takfikir perasaan rambut gua cuma yang gua tahu mesti pendek dan selesa. Acapkali tahun makan tahun, gua sedar yang gua bersalah pada rambut gua. Ini semua gara gara rambut gua sudah tidak mahu kembali panjang. Yang sebenarnya rambut gua terasa. Bukan terasa hati. Sebab rambut gua tiada hati. Mungkin terasa rambut.

**
Hari ini hari hati pecah gua. Gua cuba tampung dengan mimik muka jim carey gua. Tampung punya tampung tetap juga gua lemah dan lemau. Gua maki diri gua. Gua pukul diri gua. Gua tahan air mata jernih gua.

Tapi gua tewas. Gua jatuh lagi. Dan gua ketawakan diri gua buat sekelian kali hahahahahahahahahahahahaha.
Gua terjatuh tangga lagi. Gua segan dengan orang yang nampak gua tadi. Lalu gua ajak depa semua ketawa sama sama dengan gua. hahahahahahahahaha.

Memang bang bang bang bangsat. hahahahahahaha.

Bibir tapir

"20 tahun nanti kau nak jadi apa? kalau sekarang kau macam kejap jadi orang kejap jadi hantu.
Nak jadi apa? teringat teriak mak kiah, 7 tahun lepas".
Kata orang zaman persekolahan paling indah, mantop, lazat macam bibir. 
Kata gua pulak zaman persekolahan adalah zaman pendengki gua yang macam tapir.

Sekarang, semua mesti mula dengan"kalau"
Kalau gua belajar betul, mesti pandai
Kalau gua bercinta tolak tepi, mesti bahagia.
Tapi semua tiada guna, semua dah boleh jadi serbaguna.
Sekarang, ketawa pon rasa air longkang.
Tak macam dulu, ketawa rasa air longan.hm.

Inilah mak kiah gua, nyawa gua, kawan karok gua.

Menari satu kaki

Ludah kelangit kemudian sapu kemuka beramai-ramai.
Apa rasa?
Tepuk dada kemudian tampar muka sendiri beramai-ramai.
Apa rasa?

Sedap?
Lazat?
Mari aku dendangkan lagu untuk kau "Mari menari dengan satu kaki."
Marilah.